✨ SEJARAH TERCIPTA DI SK SERI DUYONG 2026! ✨
Dengan penuh rasa bangga dan kesyukuran, telah berlangsungnya
Majlis Pelancaran Minggu NILAM & ICT serta Pelantikan Wartawan Cilik TV PSS SK Seri Duyong 2026, diserikan lagi dengan Perasmian Prasekolah, PPKI dan Kafe SERINDU Sudut Pidato yang penuh bermakna.
Majlis ini bukan sekadar acara pelancaran, tetapi merupakan manifestasi jelas komitmen sekolah dalam menyahut aspirasi Kurikulum Baharu 2026–2035 yang menekankan penguasaan kemahiran digital, literasi maklumat dan komunikasi berkesan dalam kalangan murid. ????????????
Melalui inisiatif seperti TV PSS dan Wartawan Cilik, murid diberi ruang untuk meneroka dunia digital secara beretika dan kreatif, seterusnya membina kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kolaborasi dan inovasi.
Lebih membanggakan, majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat,
Tuan PPD Melaka Tengah, Tuan Yusri bin Seman, yang telah menyerikan dan menyuntik semangat kepada seluruh warga sekolah.
Pelancaran pelbagai platform pembelajaran ini membuktikan bahawa SK Seri Duyong sentiasa ke hadapan dalam membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah celik digital, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. ????
Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada pembudayaan pembelajaran digital yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
SK Seri Duyong - SERINDU MEMACU KECEMERLANGAN INSAN ????
#ppdmelakatengahKementerian Pendidikan Malaysia@